Sunday, May 1, 2011

Johore, here we come!

luckily highway tak jam langsung, super smooth from KL to Johore.

but

exit ke Ayer Hitam sgt la jam, stress betul kena duduk dalam jam sebab yang bayar tol cash nak potong queue halang laluan smart tag.
yang i observe slalu buat prangai macam tu mesti kereta2 mahal, sebab dia rasa kereta dia gojes orang mesti kasi lalu tak pun takut tergesel kereta dia.
bila my dad pandang dia time tu la buat2 pandang tempat lain. tengok bumbung bocor ke tak, tengok kehijauan alam tak pun muka kerut2 marah sebab orang tak kasi dia lalu.
eeeeehhh, bukan kau ke yang salah potong queue? orang lain pun nak cepat jugak, use your brain please.
kereta mahal boleh beli, smart tag ratus ringgit pun tak mampu beli ke? chaittt

masuk Ayer Keroh cadang nak tengok door gift untuk akad nikah tapi takde yang berkenan pun, end up beli ribbons & kerepek buat stock mengunyah tengok tv je.





dalam plastic ni ada sapu tangan dia lipat pastu letak sudu garpu mini dalam tu, i rasa rm0.50 per unit.
yang rm0.80 tu macam benda orang duk gantung2 kat laci, center mirror kereta & etc. tak cantik.





paperbag & sarung telur.





ribbons. kat Nilai rasanya sama je, lagi dekat dengan KL.





mee rebus r&r Pagoh. tak sedap.
makan 5-6 suap boleh pulak tercekik taugeh. yes taugeh! hahahah..sampai my mum saspen tengok i macam kucing nak muntah hairball.
dah keluar taugeh terus off mood makan.

lepas tu singgah Tangkak, pun jam jugak. tsk.





chiffon two tone.
cantik tapi i tak beli sebab rasa membazir, pink & kelabu dari tahun lepas beli pun tak buat baju lagi.
my mum je beli kain, i ikut jadi tukang buat muka stress suruh cepat sebab panas.

dah settle kat Tangkak terus ke Melaka, lalu rumah kampung my dad. rindunyaaaaaa!! rindu kat atuk & nenek so much.
how i wish my atuk, nenek, tok wan & mak tok ada for my wedding. love them a lot.

but at least ada atuk & nenek sedara belah my dad lagi.
jarang jumpa sebab semua di Singapore, setahun jumpa 1x je. kadang2 few years baru dapat jumpa sebab my dad tak nak gi sana, dorg yang selalunya datang KL, sekali turun ramai sungguh.

next pit stop.

if pegi melaka jangan lupa try asam pedas melaka.
and tempat wajib kitorg singgah setiap kali pegi melaka:

Asam Pedas Malinja, Kg.Musai.
and ada roti terbang also. famous.
sila google untuk additional info.












mine - asam pedas ikan pari
mydad - asam pedas ikan parang
mymum - asam pedas ikan kembong
plus ulam, sambal belacan, telur masin & otak-otak.

sedap bangat!

adoii, terliur baik.

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. alamak..terliur ni..dah la jauh nak gi

    ReplyDelete
  2. you mesti terliur tang ulam2 tu kan?

    ada pucuk gajus tau! hehehe..

    ReplyDelete